"jangan bilang benci"


"JANGAN BILANG BENCI" .. tajuk novel yg bru sadja ak bca nie ary .. hhu .. urm , boleh thn best lah cter'y .. hha ! penulis'y Muna Muhira .. korg dah pna baca kerh ? klw da , best kn ? tap ad cwak yg kata xbest , tap bgi ak best sesangat !

sinopsis'y :

BENCI! Benci! Hakikatnya aku(kim) amat membenci jejaka(hafriz) itu yang senang-senang sahaja mendapat kedudukan sebagai CEO di Syarikat Leopard selepas persaraan papa. Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabaranku. Mengapa mesti dia yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukannya aku?

Aku – Kimrie Natasya Ayue tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku. Namun dalam kebencian yang menguasai diri, Hafriz cuba memikatku. Huh! Tak semudah itu aku jatuh cinta pada dia kerana aku amat tidak mempercayai cinta, jauh sekali berkasih sayang. Apa yang menjadi misiku adalah untuk menyingkirkannya daripada syarikat kerana akulah yang paling layak untuk menyandang gelaran itu. Argh… Hafriz tetap dengan lagak machonya! Dia terus dan terus mencuri hatiku…

ini , bagi ak lah .. kat bwh nie . :
cerita ni bnyk mengisahkan tntng percintaan, persahabatan, dan pengorbanan.

novel ini Mengisahkan Kimrie Natasya Ayue ataupun lebih selesa dipanggil Kim yang tak percayakan erti kasih sayang kerana diabaikan oleh kedua orang tuanya yang sibuk mengejar kemewahan dunia. Hidupnya yang sepi tanpa perhatian dan kasih sayang ditumpukan sepenuhnya kepada kerja, kerja dan kerja hinggalah hadir Hafriz yang telah menghancurkan cita-cita dan kerja kerasnya selama ini untuk menggapai impian menjadi CEO syarikat.

Kebencian Kimrie(kim) pula telah mencetus perasaan cinta dalam diri Hafriz. Oleh itu, Hafriz sentiasa mencari peluang untuk mendekati gadis kesayangannya sehingga menimbulkan kontroversi di pejabat mereka.
Kejadian lemas dan terdampar di pedalaman yang asing bagi diri Kimrie, telah memberi peluang merasai erti sebenar kasih sayang dari Sulaiman, Eton, Hani , Izzah dan Makcik Aisyah dan mempelajari erti kemaafan.

Konflik melanda apabila ibu bapa Kimrie ingin menjodohkan Kimrie dengan Zafrey biarpun atas dasar meluaskan empayar perniagaan masing-masing. Kimrie menerima seadanya kerana ingin menjaga nama dan kedudukan ibu bapanya. Biarpun, Kimrie mengakui sendiri dirinya sudah jatuh hati kepada Hafriz. Hubungannya dengan teman baik, Zureen juga dingin kerana rupanya Zafrey amat menyintai Zureen.
Ketakutan Zureen mengakui cintanya terhadap Zafrey hampir-hampir memusnahkan cinta Kimrie dan Hafriz. Seterusnya..penghujung cerita mesti yang happy ending lah..Nak tahu, baca sendiri lah.



haha ! syok sendiri pulak aku ya ! haha ! siap ejaan yang lengkap lagi di atas tu ! mood baik kan .. haha !

No comments: